Image

VAPEZOO MALAYSIA HEXOHM SUPPORT

 

Hexohm Warranty (Disalin dari laman sesawang Craving Vapor)

 

Boleh dikatakan perkara terbaik sebagai pemilik Hexohm adalah bahawa setiap Hexohm dilengkapi dengan Jaminan Seumur Hidup (Lifetime Warranty) terhadap permasalahan dari pihak pengeluar (Craving Vapor). Kami mendapat banyak soalan mengenai apa yang dilindungi dan tidak dilindungi oleh Jaminan Seumur Hidup (Lifetime Warranty), kita berusaha untuk menggariskannya dibawah;

 

Contoh perkara yang kita lindungi (covered):

 

· Chipset Terbakar

· Potensiometer Rosak

· Penggantian/Baikpulih Sled Bateri

· Masalah Mekanikal – 510 Connector

 

Contoh perkara yang TIDAK kita lindungi (uncovered):

 

· Pembongkaran sendiri selain oleh Hexohm Service Center

. Calar (Scratch)

· Kemek (Dents)

· Engrave lama yang telah pudar

· Sebarang perubahan kepada dalaman dan luaran (pembongkaran sendiri) yang dilakukan oleh pengguna

 

_________________________________________________________________________________________________________________________________

 

CONTOH PERMASALAHAN YANG BERLAKU DI US 

 

Salah satu masalah (Kebanyakkan yang berlaku di hadapi oleh CV) yang paling biasa dibangkitkan adalah mengenai butang yang diperbuat dari potongan peluru. CV tidak lagi membuat selain yang ada sekarang. Jika anda ingin mendapatkannya, silakan. Sekiranya anda memecahkan perumah butang semasa memasang atau membuka butang itu, CV tidak akan membaiki / mengganti perumah butang untuk anda dan ia akan membatalkan Jaminan Seumur Hidup (Lifetime Warranty) anda. Sekiranya masih belum jelas atau anda mempunyai pertanyaan mengenai Jaminan Seumur Hidup (Lifetime Warranty), sila lawat laman sesawang Craving Vapor, dan pasukan sokongan Craving Vapor akan menjawab semua soalan anda.

 

_________________________________________________________________________________________________________________________________

 

PERHATIAN! Gunakan hanya bateri yang baik untuk Hexohm anda, jika ada kerosakan pada Hexohm anda disebabkan oleh litar pintas (Battery Shortage) kerana penebat (Insulator & Battery Wrap) telah rosak, kerosakan tidak dilindungi oleh jaminan Vapezoo atau Craving Vapor.

 

Vapezoo Malaysia selaku Authorised Distributor untuk pasaran Malaysia dari Vapezoo Indonesia & Craving Vapor akan melakukan servis pembaikan Hexohm anda yang rosak, hanya untuk hexohm dengan pelekat hologram Vapezoo (Yang berdaftar dalam database Vapezoo Malaysia SAHAJA). Selain itu, anda perlu menghubungi tempat di mana anda membeli hexohm anda.

 

Untuk mempercepatkan proses baikpulih Hexohm anda, pastikan anda telah mengikuti langkah-langkah yang telah disenaraikan di Support Form (pautan Google Form). Jika anda mempunyai keperluan untuk menghubungi bahagian support, sila hubungi 017 443 0200 (WHATSAPP SAHAJA). Waktu operasi kami adalah pada ISNIN – JUMAAT 10 Pagi hingga 6 Petang. Diluar waktu operasi, pihak kami akan cuba untuk menjawab secepat mungkin.

 

Sekian Terima Kasih.

 

Vapezoo (M) Sdn Bhd

 

‼️UPDATED SERVICES & PRICE ON 19 December 2024‼️

 

1. CHIP UPGRADE (Revision E to Revision G) - RM220.00

2. GANTI BAJU (Program Tukar Body Baru by Vapezoo) Anodize & Powder Coat - RM190.00

3. HANDLING FEES; Warranty Claim yang BUKAN database Vapezoo Malaysia - RM60.00 

 

Nota: Semua pengguna dinasihatkan untuk menghubungi pihak kami seperti diatas untuk tujuan pengesahan dan maklumat selanjutnya.

CHECKLIST

 

Sebelum anda menghantar, sila periksa senarai berikut:

 

1.       Hexohm anda berbunyi (berdesis) seakan getaran

 

  • Ganti bateri anda dengan bateri yang baru dan cuba lagi.
  • Turunkan potensiometer anda kepada 30% dan cuba lagi.
  • Periksa gegelung yang anda gunakan dan pastikan rintangan 0.15 ke atas (untuk Hexohm V3) dan 0.18 ke atas (untuk Hexohm V2.1).
  • Jangan sesekali membongkar atau membuka hexohm anda sendiri.
  • Setelah senarai diatas telah dilakukan dan Hexohm anda masih berbunyi (berdesis) atau bergetar, isi borang dan hantarkan ke Vapezoo Malaysia.

 

2.       Sekiranya hexohm anda tidak berfungsi (Tidak dapat dihidupkan/Tidak boleh fire)

 

  • Pastikan butang ON/OFF telah dihidupkan.
  • Pastikan Atomizer anda tidak mengalami shortage (positif & negatif tidak bersentuhan) – anda boleh memeriksa menggunakan Ohm Meter.
  • Pastikan bateri sled anda tidak berbau (Kemungkinan Terbakar).
  • Turunkan potensiometer anda kepada 30% kuasa, cuba lagi.
  • Jangan sesekali membongkar atau membuka hexohm anda sendiri.
  • Setelah mencuba semuanya dan masih tidak berfungsi, isi borang dan hantarkan ke Vapezoo Malaysia.

 

3.       Unstable or Miss Firing

 

  • Jangan bongkar atau membuka hexohm anda sendiri.
  • Isi borang dan hantarkan ke Vapezoo Malaysia.

 

4.       Firing Lemah

 

  • Pastikan Atomizer anda tidak mengalami shortage (positif & negatif tidak bersentuhan) – anda boleh memeriksa menggunakan Ohm Meter.
  • Gunakan bateri yang baru (Fully Charged).
  • Buat perbandingan dengan Hexohm lain menggunakan bateri yang sama dan Atomizer yang sama.
  • Bersihkan Pin Connector 510 dan Pin connector bateri dengan Brasso atau Alkohol. Bersihkan dengan baik. Kebanyakkan Hexohm menjadi lemah kerana keadaan connector yang kotor sehingga kuasa dari bateri tidak dapat mengalir dengan sepenuhnya.
  • Jangan sesekali membongkar atau membuka hexohm anda sendiri.
  • Setelah mencuba semuanya dan masih tidak berfungsi, isi borang dan hantarkan ke Vapezoo Malaysia.

HEXOHM V3 POWER TABLE

 

Mulai Ogos 2019, Backdoor Hexohm tidak lagi mempunyai pelekat power table dan telah digantikan dengan Warranty Info Card.

Power Table Hexohm V3 adalah seperti di atas untuk rujukan para pengguna.

 

Credit to Craving Vapor & Vapezoo Indonesia

RETAIL INQUIRY